Attack
post Friday, July 3, 2020

June 2020
Aku kena attack lagi. Kali ni tak seteruk dulu.
Masa solat zohor. Tiba-tiba aku kena serang, jantung berdegup laju. Rasa nak mati pun ada. Dunia tiba rasa kosong. Nak menjerit dalam solat pun ada. Tapi aku gagahkan juga untuk selesaikan solat. Kali ni aku kena kuat untuk lawan. Harus! Ya Allah , apakah yang terjadi kali ini ya Allah? Andai aku berdosa ampuni lah aku. Sungguh aku menzalimi diri sendiri sehingga aku di tegur sebegini.

Selepas kejadian yang berlaku hujung tahun 2018. Benda ni keep continue menganggu hidup. Aku cuba ignore sebelum ni sehingga pada satu solat zohor. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena terjadi pada aku.

Memang lelah bila di fikirkan. Setiap kali ini terjadi aku sampai tahap berkata dalam hati “kenapa aku je yang kena, kenapa orang lain tak kena macam aku kena” ya Allah kejamnya aku pada diri sendiri dengan kata-kata itu. Allah nak beri pahala. Ingat! Syurga itu bukan murah.  Bersabarlah.. sabar itu tiada hadnya. Kalau sabar tu ada had, itu bukan sabar , itu hanya bertahan.

Pengajaran,
Pengajaran disini bukan sakitnya diuji tapi kuatkah aku ketika diuji? Setiap kali hati resah dan gelisah ketika sakit aku cuba kuatkan hati. Dengan kata-kata ustaz ebit lew. Setiap ujian ada rahmat. Allah sayang. Sebab tu Allah uji. Contohi kisah ketabahan para nabi. Nak capai syurga bukan sesuatu yang mudah. Dan aku yakinkan pada diri kalau para nabi, hamba Allah yang tinggi darjatnya disisi Allah boleh bersabar dengan ujian. Kenapa tidak aku?manusia biasa yang banyak berdosa. Muhasabah dan istigfar.

Nikmat sembuh,
Berapa lama Allah beri nikmat sembuh? Hanya kerana sakit yang bersifat sementara ini, kamu lupa akan nikmat sihat yang bertahun-tahun yang Allah berikan.

Tawakal,
Segala kesakitan yang aku tanggung ini, aku berserah kepada Mu Ya Allah.

Anxiety
post Saturday, March 16, 2019

Dah lama blog ni tak update. Actually bukan tak update. Aku selalu update blog cuma tak publish. Biar dia jadi rahsia diri sendiri. Update blog and luahkan kesedihan dalam blog, salah satu cara untuk aku lepaskan rasa stress.

Okay bukan itu yang aku nak cerita hari. benda yang aku nak share hari ini mengenai anxiety yang aku Kena sejak bulan 7 or bulan 8 tahun lepas, tak sure sangat. Be open ye. Selama ni tak pernah rasa anxiety teruk macam yang aku kena ini. Serious dia memang beri kesan trauma and pernah sampai satu tahap teruk “panic attack”. Yes panic attack yang menyerang 2,3 kali. Benda ni terjadi selepas aku melintas kawasan kemalangan, selepas tu benda tu lagi teruk selepas aku balik dari hiking. Kali ni aku di duga lagi. Rasa seperti baru semalam rasa nikmat sihat dan gembira. Tiba-tiba dalam sekelip mata aku nikmat sihat tu di tarik. Satu saat nikmat tu ditarik. Aku set dalam kepala ni, ni semua kesalahan yang aku buat sebab tu aku di uji. Huznuzon

Aku tak tahu macam mana nak relate kan anxiety yang aku kena ni berpunca dari apa? Nak kata aku depression sebelum ni hmm macam tak je. Aku makan banyak and happy. Dari panic attack tiba-tiba jadi vertigo. Macam mana aku boleh tahu semua jenis nama penyakit ni? Aku google. Apa yang terjadi pada diri aku. Aku cuba jumpa ustaz. Alhmdulillah rasa kurang. Okay baru faham kenapa. Sah! Sah! Sah! Something happen masa aku hiking and lalu kawasan accident tu. aku baca semua surah-surah yang ustaz beri pada aku. Aku amal. Tapi sakit tu tak hilang. Masih berlarutan sampai aku terpaksa cuti 2 minggu. Hati aku tak sedap and aku bernekad untuk jumpa ustaz sekali lagi. Akhirnya ustaz terakhir ni kata yang menumpang telah pergi, yang tinggal masih dalam badan. Dah lama dia menapak. Huuu seram tak ayat? Ustaz baca-baca ayat dan tiba-tiba aku rasa sesuatu keluar dari mulut. pelik. Ustaz cakap haaa ni perbuatan manusia keji yang hantar dekat adik melalui makanan. Selepas ustaz cerita pada aku, aku rasa nak menitis air mata. Ya Allah kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku tak mahu menuduh sesiapa. Kalau boleh aku tak mahu tahu yang  hantar tapi dia terlalu jelas dan nyata untuk aku tahu siapa orang tu. Biar aku tak tahu siapa dia. Biar hati ni tak dendam. Sebab apa yang terjadi ada sebabnya. Mungkin Allah nak tegur aku, aku terlalu lalai. Tak kan sesuatu yang terjadi tanpa izin Allah, dan atas izin Allah jugak lah sakit ni pergi.
Akan aku sentiasa berdoa semoga satu saat dia, akan bertaubat kerena syirik pada Allah.

Takda apa yang aku harap selain dia bertaubat. Aku dah maafkan dia. Dan actually aku nak berterima kasih sebab beri peluang pahala pada aku. Dan atas kejadian ini aku jadi lebih berhati-hati.

Anxiety, vertigo, virago and semua segala go go yang aku alami selama ini, aku lupakan. Aku cuba buang semua memori pahit ini jauh-jauh agar hati tak dendam. Sebab dunia ni terlalu sementara untuk aku bersedih dengan semua ini, dan dunia ini terlalu sementara untuk aku simpan dendam dan sakit. Dendam hanya memori. Hanya memori . Sebab tu islam ajar kita untuk memaafkan. Memaafkan bermaksud “melupakan” dan bersihkan segala memori pahit dari minda. Memaafkan bukan untuk kebaikan orang yang kita maaf semata-mata, Its actually untuk diri sendiri supaya hati jadi tenang bila kita neutral kan balik sakit dalam hati. “Tak mudah untuk buang memori pahit”
Yup memang susah. Tapi pegang pada satu prinsip “dunia hanya sementara segala yang ada didunia semua bersifat sementara, sakit ni pun hanya sementara”

Andai dia terbaca blog ini dan masa tu aku dah takda di dunia ni (cewah buat ayat sedih pulak)
Hanya satu yang saya minta, bukan maaf yang saya minta dan bukan maruah yang dah tercalar. Saya hanya minta satu. “Bertaubat pada Allah atas dosa syirik”

Andai dia tahu, semua ini hanya sia-sia. Dia tak akan buat.
Andai dia tahu tanah an yang dia pijak setiap  hari milik Allah
Dan andai dia tahu nikmat sihat hari ini atas izin Allah.
Dia akan rasa kerdilnya diri ini,
Erti sabar
post Thursday, July 12, 2018

Kamu takkan faham erti sabar sehingga kamu diuji dan kamu 
Lewati ujian itu dengan “sabar” dan tenang, 
Sabar itu bukan hanya sekadar dari perkataan tapi ia datang dari 
Hati yang mampu diuji. 

post Saturday, January 16, 2016

Dunia ini sifatnya sementara dan semua yang terjadi dan apa yang kita miliki semua sementara. Rasa sedih itu juga bersifat sementara. Sabar penawar bagi semua yang berlaku di dunia ini. Sebab suatu hari Allah akan beri kita kebahagiaan seperti mana yang Allah janjikan :)

Sabar...
Berkali-kali aku yakinkan diri bila mereka sakitkan hati aku. "Sementara". Hati aku lega dan kuat.

Kerana,
Aku disini hanya lah seorang pengembara, Tiada apa yang lebih indah dari kembali ke tempat asal di alam sana terpisahnya aku dari bumi adalah dengan sebuah kematian. Kematian yang menjadi igauan ngeri bagi aku si pendosa. hakikatnya kematian itu indah, sebab kita bertemu kembali kekasih hati setelah terpisah di sini.
Cabaran ke Gunung Nuang
post Monday, April 20, 2015

Cabaran ke gunung nuang! Aku telah dicabar oleh kawan se-badminton aku (kenal dari main badminton dekat cyberjaya) untuk hiking di gunung nuang. Yeahh aku sahut cabaran tu. Walaupun ini memang first time aku panjat gunung yang agak tinggi jugak bagi orang baru macam aku ni. Tapi serious best rasa macam nak pergi lagi. 



Perjalanan untuk pergi ke atas tu memang perit sebab sangat curam, Untuk newbie macam aku ni better excercise dulu sebelum hiking kalau tak korang boleh pensan. Alhamdulillah aku tak pensan sepanjang perjalanan. Cuma dahaga , kaki cramp . tu perkara biasa. Semangat betul aku berlumba-lumba dengan diorang untuk sampai ke puncak. Tapi sayangnya sebabkan banyak rehat kami tak boleh teruskan perjalanan untuk kepuncak sebab takut hari gelap. Kami semua tak bawak lampu suluh. Come on lagi 1 jam je lagi nak sampai ke puncak. Rugi betul sebab terpaksa balik. Sob sob sob. Apa pun sejak hiking dekat gunung nuang hati aku tertarik lagi untuk panjat gunung. Memang sangat best, walaupun penat die Allah je yang tahu. Lepas satu hari hiking kaki kejang. Pergi office semua tanya kenapa dengan kaki. haaha kelakar jalan dah macam robot. Insyallah lepas ni nak pergi gunung irau, gunung yang aku nak sangat pergi. Apa yang seronoknya hiking ni, dia bagi kita motivasi untuk tak cepat give up. Walau perjalanan penuh dengan liku-liku, matlamat untuk capai ke kemuncak mesti kene capai. Cewahhh ayat. Bersemangat betul. Semoga diberi kesihatan untuk mencuba benda baru lagi sementara masih muda hehe. 





7 september dan Numira Nabilla
post Wednesday, September 17, 2014

Sedar tak sedar dah 7 september 2014 (dah lepas dah pun). Alhamdulillah genap umur aku 23 tahun . Sekejap je kan masa tu berlalu ? Terasa macam baru semalam aku habis jawab exam SPM. Serious terasa macam tu ,tak tipu. Tapi bila tampar sikit muka baru aku sedar yang umur aku dah 23tahun , makin tua dah .Hihik. Mau tak tua ramai orang tanya aku dah kahwin ke belum. Tanda usia makin meningkat. Wahai cik akak, tolong lah jangan tanya soalan sensetif. ter-touching tau.
okay abaikan . Sempena birthday aku yang ke-23 ni dengan baik hatinya aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang diri aku yang tak seberapa ni. Selamat membaca dan tolong jangan benci aku lepas ni. 


-Nama diberi Nurmira Nabilla
-Masih single dan malas fikir tetang boyfriend. Tapi berharap semoga jodoh datang awal .Haha
-Anak nombor 2 dari empat adik beradik. Agak garang dari adik beradik yang lain. Tapi selalu kene buli -.-
-Semua kawan adik panggil kak ngah , kalau korang nak panggil aku kak ngah pun takpa asal bahagia.
-Dibesarkan dalam keluarga yang bahagia dan sederhana. Alhamdulilah
-Ada ibu ayah yang penyayang dan sanggup buat apa saja untuk anak anak.
- Seorang yang simple
-Tak suka benda yang menyerabutkan. Sebab aku sangat cool orangnya erkkk. yeke ? Tapi adik cakap aku   ni kelam kabut kadang-kadang =_="
-Suka benda yang funny dan semua benda yang boleh buat aku ketawa. Sebab aku suka ketawa hikhiks.
-Suka mengusik waiter bile tengah ambik order. Jangan cop aku mengatal ,Takda niat tersembunyi.
-Suka emo . huhhh memalukan.
-Suka jawab dalam hati bila orang tanya . Aku rasa ini perangai aku yang paling annoying
-Suka kata-kata yang memberi semangat.
-Suka memasak tapi jarang memasak. Memasak bila terjumpa resepi baru. Bila masak berharap orang puji    masakan kita sedap .Nampak tak permainannye di situ ?
-Suka melukis dan semua berkaitan dengan seni . Sebab tu aku berjiwa sentimental (dalam hati ada taman)
-Suka warna yang lembut.
-Sangat suka dengan bunga ros , lagi lagi kalau ros tu warna putih dan pink.
-Suka luah perasaan dalam diary bile rasa sedih . Lepas tu ibu dengan adik tolong curi baca =_=
-Suka bersendirian dalam bilik bila takda mood atau rasa sedih. Ini cara aku untuk tenangkan fikiran
-Suka pasang lagu yang aku suka berulang-ulang kali. Dah habis ulang habis ulang sampai letih.
-Suka lelaki muka ala ala arab. Mesti kene ada jambang dan mata biar menggoda sikit .Huuuu tergugat iman
-Suka hindustan . haha
-Seorang yang suka menghabiskan duit untuk beli makeup dan baju.
-Sanggup buat apa saja untuk cari duit. Biar penat asal dapat apa yang aku nak beli
-Suka travel
-Lebih suka spend time dengan family. Sebab ayah suka ajak pergi jalan jalan.
-Tak reti bercinta sebab seumur hidup baru 2 kali pernah rasa perasaan bercinta. Haha kesian -.-"
-Suka goyangkan kaki bila tengah berfikir dan kadang-kadang tertendang orang.
-Suka pegang hidung tanpa disedari . Ramai orang tegur.
-Seorang yang pendiam masa kecik dulu. Tapi bila pindah sekolah melayu tiba tiba jadi hyper.








Salam aidil adha
post Monday, October 14, 2013

Salam aidil adha buat seluruh umat islam dalam dunia ni . Hehe . Okay disebabkan esok hari raya haji . Hari ni aku dengan ibu berhempas pulas masak kek untuk esok . Selalunye raya haji kat tempat aku tak semeriah tempat lain , aku saje masak banyak banyak ,bagi memeriah kan suasane . Dari pagi sampai la petang kteorang masak , hasil die alhamdulillah memuaskan walaupun ada yg terkurang sikit . Memang penat buat semua ni dalam 1 hari tapi kepenatan berbaloi baloi bile tengok orang makan masakan kite , lagi pun aku memang minat sangat buat kek . Insyallah akan praktis lagi hehe. Okay ni kek yang aku buat . Ada lagi beberape kek yang aku malas nak tangkap .

7 september
post Saturday, September 14, 2013

January , february , march , april , may ,june , july ,august , september dan mase yang akan datang . Kite tak tahu kan ape yang bakal terjadi dan ape yang akan kite jadi di masa masa akan datang . Jadi , bersiap sedia dari segi mental fizikal untuk hadapi dugaan yang akan datang .
7 sept 2013 genap umur aku 22 . Akhir nye aku masuk ke zon dewasa dah tibe
masa nye untuk aku tinggal kan semua perasaan "suka ria" and time to be more serious dalam semua hal.
wajah 22 tahun aku :) 
without love
post Friday, February 8, 2013


6:04 PM hari yang indah dengan silauan matahari petang menyinari setiap ruang di dalam bilik tidur aku yang cute-cute and sweet sweet , ditambah pulak dengan background lagu "it's a love - kina granis" sambil layan hot choclate yang panas panas ahhhh .. what a great day  gembira menikmati setiap detik hidup yang tenang . I'm happy without love , happy without texting any boy . Tiada masalah yang perlu aku fikirkan , tiada rase cemburu yang perlu aku risau kan . Nikmati hidup remaja tanpa rase sedih :) dan menikmati zaman remaja dengan "burgembira" bersama family and spend time baca buku dalam bilik tanpa dengar sebarang bunyi phone . Ini baru betul betul happy . Ahh buat apa aku fikirkan boy yang sememang nye sedang enjoy dengan perempuan lain . He never change , then ape kate aku yang ubah diri aku :) Maaf kalau aku terlalu cepat untuk melupakan seseorang sebab hati aku disakiti dengan perempuan lain , jangan sakitkan hati aku dengan perempuan lain . Kalau itu yang terjadi , aku takkan fikir panjang dan terus buang semua rase sayang dalam hati . *buang masa membazir air mata sebab lelaki macam ni*
Sekarang aku rase tenang , tenang dari segala masalah yang di reka oleh lelaki . Mulai sekarang , aku boleh focus untuk mengubah diri aku menjadi wanita yang aku impikan tanpa ade siapa siapa boleh mengangu emosi aku :) Bagi lelaki yang nak dekati aku *ade ke ? erkkk*, cube check diri dulu , adakah sudah bersedia untuk bercinta kalau belum better back off , aku dari dulu tak suka wasting time . Bagi aku once bile bercinta dengan orang tu maksudnya aku pasang niat untuk berkahwin , kalau takat nak main main , membazir masa je . Dan aku benci dengan orang yang tak pernah serious .

Come on girls , cinta itu melemahkan
    - Every day kite akan rase sedih dengan sikap pasangan kite
    - Bile pasangan buat hal time exam , tibe tibe hilang mood study
    - 24 hours risau pasal die *kalau die playboy*
    - Bile bergaduh semua bende jadi tak seronok , nak bergembira dengan family pun
       takda mood

macam macam lagi yang boleh buat kite lemah bile bercinta . Aku seorang yang tak boleh terima semua tu , aku bukan seorang yang kuat lagi lagi bile pasangan aku pasang 2/3 . Bak kate kawan "cinta sampai mati" yela dari dulu aku dah set dalam mind " Bercinta hanya untuk berkahwin , kalau pasangan aku main kan aku , aku akan broken heart " .
Jadi aku akan stop dulu , bagi hati ni relex dulu baru aku terima mana mana lelaki istimewa dalam hidup aku . Aku nak focus pada cita cita aku then baru fikir semua tu .
Nikmati lah zaman remaja dengan penuh nikmat dan jangan biarkan cinta melemahkan kite .



post Sunday, January 20, 2013

Ya Allah ,Ape pun yang terjadi pada hari ini ,dan yang akan terjadi pada hari esok ,lusa,bulan depan atau tahun depan aku sudah bersedia untuk hadapi nya :) Alhamdulillah kesilapan lalu telah membuatkan aku jadi semakin matang untuk berfikir .
Semua yang terjadi pada aku ,adalah atas ketetuan Allah .sesuatu perkara itu takkan terjadi kalau Allah tak izin bende tu berlaku 
"kun fayakun" terjadi maka terjadi lah 
siapa aku untuk mengelaknya ? dan siapa kamu untuk mencegahnya ? sesuatu yang terjadi tak pernah berlaku dengan sia sia :) jadi untuk ape aku bersedih dengan ape yang terjadi ? bukan ke itu yang aku minta dalam doa setiap hari ? "berikan aku yang terbaik" ini lah yang terbaik sebenarnya :)
jadi wanita haruslah tabah , kalau kesedihan yang kecil pun aku tak mampu untuk lawan , macam mane aku nak hadapi dugaan yang besar nanti ? 


◄ OLDER ENTRIES | HOME

By Nurmira Nabilla