kisah rama rama dan seorang budak lelaki
Suatu hari seorang budak lelaki duduk memerhatikan seekor rama rama
yang berada didalam kepompongnya .
Berjam jam lamanya rama rama itu berjuang memaksa diri untuk mengeluarkan badannya dari lubang tersebut(kepompong)
beberapa minit kemudian proses tersebut berhenti secara tiba tiba
rama rama itu seperti sudah kehabisan tenaga untuk keluar dari lubang kecil tersebut ,
lalu budak lelaki tersebut dengan penuh rasa simpati menolong sang rama rama untuk keluar dari lubang tersebut .
Budak lelaki itu mengambil sebuah gunting lalu mengunting kepompong tersebut
dan sang rama rama akhirnya dapat keluar dengan mudah ,walau tubuh yang lemah,kecil dan sayap yang mengkerut,
budak lelaki tersebut terus memerhatikan rama rama itu dengan harapan sayapnya akan terbuka besar dan terbang bebas .
namun ternyata tidak terjadi apa apa ....
dan rama rama tersebut terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan merangkak bersama sayapnya yang lemah.
budak lelaki yang baik itu tidak tahu bahawa kepompong yang menjerat dan menghalang
rama rama itu dari keluar membebaskan diri adalah cara Allah untuk mendorong cecair dari tubuh rama rama mengalir ke sayapnya, agar kuat untuk terbang selepas bebas dari kepompongnya nanti.. tamat lah sudah kisah rama rama , maaf ye sebab ayat die tonggang langgang , aku tak pandai bercerita =.=' harap korang paham message yang aku nak sampaikan .
"Dari cerita ini aku dapat simpulkan bahawa dalam hidup ini kite perlu berjuang.kalau Allah biarkan kite hidup tanpa sebarang dugaan ,maka kite akan terus jadi lemah,lemah dan terus lemah"
aku mohon diberi kekuatan dan Allah beri kesulitan ,agar aku jadi kuat .
aku mohon kebijaksanaan dan Allah beri aku masalah agar aku mampu selesaikannya
aku mohon kekayaan dan Allah beri aku bakat,masa,kesihatan ,dan peluang .
aku mohon keberanian , dan Allah beri aku halangan agar aku belajar untuk berani mengharungi halangan tersebut.
aku mohon rasa cinta dan Allah beri orang orang yang bermasaalah untuk di bantu
aku mohon kelebihan dan Allah beri aku jalan untuk aku menemuinya.
walau aku tak dapat ape yang aku inginkan dalam hidup ini
aku masih dapat ape yang aku perlukan :)
Alhamdulillah .