7 september dan Numira Nabilla
post Wednesday, September 17, 2014

Sedar tak sedar dah 7 september 2014 (dah lepas dah pun). Alhamdulillah genap umur aku 23 tahun . Sekejap je kan masa tu berlalu ? Terasa macam baru semalam aku habis jawab exam SPM. Serious terasa macam tu ,tak tipu. Tapi bila tampar sikit muka baru aku sedar yang umur aku dah 23tahun , makin tua dah .Hihik. Mau tak tua ramai orang tanya aku dah kahwin ke belum. Tanda usia makin meningkat. Wahai cik akak, tolong lah jangan tanya soalan sensetif. ter-touching tau.
okay abaikan . Sempena birthday aku yang ke-23 ni dengan baik hatinya aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang diri aku yang tak seberapa ni. Selamat membaca dan tolong jangan benci aku lepas ni. 


-Nama diberi Nurmira Nabilla
-Masih single dan malas fikir tetang boyfriend. Tapi berharap semoga jodoh datang awal .Haha
-Anak nombor 2 dari empat adik beradik. Agak garang dari adik beradik yang lain. Tapi selalu kene buli -.-
-Semua kawan adik panggil kak ngah , kalau korang nak panggil aku kak ngah pun takpa asal bahagia.
-Dibesarkan dalam keluarga yang bahagia dan sederhana. Alhamdulilah
-Ada ibu ayah yang penyayang dan sanggup buat apa saja untuk anak anak.
- Seorang yang simple
-Tak suka benda yang menyerabutkan. Sebab aku sangat cool orangnya erkkk. yeke ? Tapi adik cakap aku   ni kelam kabut kadang-kadang =_="
-Suka benda yang funny dan semua benda yang boleh buat aku ketawa. Sebab aku suka ketawa hikhiks.
-Suka mengusik waiter bile tengah ambik order. Jangan cop aku mengatal ,Takda niat tersembunyi.
-Suka emo . huhhh memalukan.
-Suka jawab dalam hati bila orang tanya . Aku rasa ini perangai aku yang paling annoying
-Suka kata-kata yang memberi semangat.
-Suka memasak tapi jarang memasak. Memasak bila terjumpa resepi baru. Bila masak berharap orang puji    masakan kita sedap .Nampak tak permainannye di situ ?
-Suka melukis dan semua berkaitan dengan seni . Sebab tu aku berjiwa sentimental (dalam hati ada taman)
-Suka warna yang lembut.
-Sangat suka dengan bunga ros , lagi lagi kalau ros tu warna putih dan pink.
-Suka luah perasaan dalam diary bile rasa sedih . Lepas tu ibu dengan adik tolong curi baca =_=
-Suka bersendirian dalam bilik bila takda mood atau rasa sedih. Ini cara aku untuk tenangkan fikiran
-Suka pasang lagu yang aku suka berulang-ulang kali. Dah habis ulang habis ulang sampai letih.
-Suka lelaki muka ala ala arab. Mesti kene ada jambang dan mata biar menggoda sikit .Huuuu tergugat iman
-Suka hindustan . haha
-Seorang yang suka menghabiskan duit untuk beli makeup dan baju.
-Sanggup buat apa saja untuk cari duit. Biar penat asal dapat apa yang aku nak beli
-Suka travel
-Lebih suka spend time dengan family. Sebab ayah suka ajak pergi jalan jalan.
-Tak reti bercinta sebab seumur hidup baru 2 kali pernah rasa perasaan bercinta. Haha kesian -.-"
-Suka goyangkan kaki bila tengah berfikir dan kadang-kadang tertendang orang.
-Suka pegang hidung tanpa disedari . Ramai orang tegur.
-Seorang yang pendiam masa kecik dulu. Tapi bila pindah sekolah melayu tiba tiba jadi hyper.








◄ OLDER ENTRIES | HOME | RECENT ENTRIES ►

By Nurmira Nabilla