Dah lama blog ni tak update. Actually bukan tak update. Aku selalu update blog cuma tak publish. Biar dia jadi rahsia diri sendiri. Update blog and luahkan kesedihan dalam blog, salah satu cara untuk aku lepaskan rasa stress.
Okay bukan itu yang aku nak cerita hari. benda yang aku nak share hari ini mengenai anxiety yang aku Kena sejak bulan 7 or bulan 8 tahun lepas, tak sure sangat. Be open ye. Selama ni tak pernah rasa anxiety teruk macam yang aku kena ini. Serious dia memang beri kesan trauma and pernah sampai satu tahap teruk “panic attack”. Yes panic attack yang menyerang 2,3 kali. Benda ni terjadi selepas aku melintas kawasan kemalangan, selepas tu benda tu lagi teruk selepas aku balik dari hiking. Kali ni aku di duga lagi. Rasa seperti baru semalam rasa nikmat sihat dan gembira. Tiba-tiba dalam sekelip mata aku nikmat sihat tu di tarik. Satu saat nikmat tu ditarik. Aku set dalam kepala ni, ni semua kesalahan yang aku buat sebab tu aku di uji. Huznuzon
Aku tak tahu macam mana nak relate kan anxiety yang aku kena ni berpunca dari apa? Nak kata aku depression sebelum ni hmm macam tak je. Aku makan banyak and happy. Dari panic attack tiba-tiba jadi vertigo. Macam mana aku boleh tahu semua jenis nama penyakit ni? Aku google. Apa yang terjadi pada diri aku. Aku cuba jumpa ustaz. Alhmdulillah rasa kurang. Okay baru faham kenapa. Sah! Sah! Sah! Something happen masa aku hiking and lalu kawasan accident tu. aku baca semua surah-surah yang ustaz beri pada aku. Aku amal. Tapi sakit tu tak hilang. Masih berlarutan sampai aku terpaksa cuti 2 minggu. Hati aku tak sedap and aku bernekad untuk jumpa ustaz sekali lagi. Akhirnya ustaz terakhir ni kata yang menumpang telah pergi, yang tinggal masih dalam badan. Dah lama dia menapak. Huuu seram tak ayat? Ustaz baca-baca ayat dan tiba-tiba aku rasa sesuatu keluar dari mulut. pelik. Ustaz cakap haaa ni perbuatan manusia keji yang hantar dekat adik melalui makanan. Selepas ustaz cerita pada aku, aku rasa nak menitis air mata. Ya Allah kenapa? Kenapa? Kenapa?
Aku tak mahu menuduh sesiapa. Kalau boleh aku tak mahu tahu yang hantar tapi dia terlalu jelas dan nyata untuk aku tahu siapa orang tu. Biar aku tak tahu siapa dia. Biar hati ni tak dendam. Sebab apa yang terjadi ada sebabnya. Mungkin Allah nak tegur aku, aku terlalu lalai. Tak kan sesuatu yang terjadi tanpa izin Allah, dan atas izin Allah jugak lah sakit ni pergi.
Akan aku sentiasa berdoa semoga satu saat dia, akan bertaubat kerena syirik pada Allah.
Takda apa yang aku harap selain dia bertaubat. Aku dah maafkan dia. Dan actually aku nak berterima kasih sebab beri peluang pahala pada aku. Dan atas kejadian ini aku jadi lebih berhati-hati.
Anxiety, vertigo, virago and semua segala go go yang aku alami selama ini, aku lupakan. Aku cuba buang semua memori pahit ini jauh-jauh agar hati tak dendam. Sebab dunia ni terlalu sementara untuk aku bersedih dengan semua ini, dan dunia ini terlalu sementara untuk aku simpan dendam dan sakit. Dendam hanya memori. Hanya memori . Sebab tu islam ajar kita untuk memaafkan. Memaafkan bermaksud “melupakan” dan bersihkan segala memori pahit dari minda. Memaafkan bukan untuk kebaikan orang yang kita maaf semata-mata, Its actually untuk diri sendiri supaya hati jadi tenang bila kita neutral kan balik sakit dalam hati. “Tak mudah untuk buang memori pahit”
Yup memang susah. Tapi pegang pada satu prinsip “dunia hanya sementara segala yang ada didunia semua bersifat sementara, sakit ni pun hanya sementara”
Andai dia terbaca blog ini dan masa tu aku dah takda di dunia ni (cewah buat ayat sedih pulak)
Hanya satu yang saya minta, bukan maaf yang saya minta dan bukan maruah yang dah tercalar. Saya hanya minta satu. “Bertaubat pada Allah atas dosa syirik”
Andai dia tahu, semua ini hanya sia-sia. Dia tak akan buat.
Andai dia tahu tanah an yang dia pijak setiap hari milik Allah
Dan andai dia tahu nikmat sihat hari ini atas izin Allah.
Dia akan rasa kerdilnya diri ini,