June 2020
Aku kena attack lagi. Kali ni tak seteruk dulu.
Masa solat zohor. Tiba-tiba aku kena serang, jantung berdegup laju. Rasa nak mati pun ada. Dunia tiba rasa kosong. Nak menjerit dalam solat pun ada. Tapi aku gagahkan juga untuk selesaikan solat. Kali ni aku kena kuat untuk lawan. Harus! Ya Allah , apakah yang terjadi kali ini ya Allah? Andai aku berdosa ampuni lah aku. Sungguh aku menzalimi diri sendiri sehingga aku di tegur sebegini.
Selepas kejadian yang berlaku hujung tahun 2018. Benda ni keep continue menganggu hidup. Aku cuba ignore sebelum ni sehingga pada satu solat zohor. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena terjadi pada aku.
Memang lelah bila di fikirkan. Setiap kali ini terjadi aku sampai tahap berkata dalam hati “kenapa aku je yang kena, kenapa orang lain tak kena macam aku kena” ya Allah kejamnya aku pada diri sendiri dengan kata-kata itu. Allah nak beri pahala. Ingat! Syurga itu bukan murah. Bersabarlah.. sabar itu tiada hadnya. Kalau sabar tu ada had, itu bukan sabar , itu hanya bertahan.
Pengajaran,
Pengajaran disini bukan sakitnya diuji tapi kuatkah aku ketika diuji? Setiap kali hati resah dan gelisah ketika sakit aku cuba kuatkan hati. Dengan kata-kata ustaz ebit lew. Setiap ujian ada rahmat. Allah sayang. Sebab tu Allah uji. Contohi kisah ketabahan para nabi. Nak capai syurga bukan sesuatu yang mudah. Dan aku yakinkan pada diri kalau para nabi, hamba Allah yang tinggi darjatnya disisi Allah boleh bersabar dengan ujian. Kenapa tidak aku?manusia biasa yang banyak berdosa. Muhasabah dan istigfar.
Nikmat sembuh,
Berapa lama Allah beri nikmat sembuh? Hanya kerana sakit yang bersifat sementara ini, kamu lupa akan nikmat sihat yang bertahun-tahun yang Allah berikan.
Tawakal,
Segala kesakitan yang aku tanggung ini, aku berserah kepada Mu Ya Allah.